Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia catat 38 kes baru COVID-19, 100 pulih dan dibenarkan pulang

Sejumlah 100 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan pulang pada Ahad (26 Apr), menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan dibenarkan pulang di Malaysia ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, manakala tidak ada kes kematian dilaporkan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia catat 38 kes baru COVID-19, 100 pulih dan dibenarkan pulang

Kakitangan kesihatan di M'sia kelihatan berpakaian PPE (Gambar: REUTERS/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 26 Apr 2020 05:49PM Dikemas Kini : 26 Apr 2020 05:54PM

PUTRAJAYA: Sejumlah 100 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan pulang pada Ahad (26 Apr), menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan dibenarkan pulang di Malaysia ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, manakala tidak ada kes kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes yang dibenarkan pulang hari ini hampir dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.

"Sehingga 26 April pukul 12.00 tengah hari, terdapat 38 kes baru yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,820 kes," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 98 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 15 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 21,466 orang sudah menjalani ujian COVID-19 di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sehingga 12.00 tengah hari ini.
Daripada jumlah itu 638 kes didapati positif COVID-19 iaitu sebanyak 2.97 peratus.

"Didapati bahawa daripada jumlah positif COVID-19 ini, seramai 388 kes (61 peratus) adalah bukan warganegara Malaysia dan baki 250 kes (39 peratus) pula adalah warganegara Malaysia," katanya.

Tambahnya terdapat pertambahan satu kes baru di PKPD Menara City One Plaza, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52 kes, Malayan Mansion (lima kes baru, keseluruhan 12 kes) dan Pusat Bandar Utara serta Sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (sembilan kes baru, keseluruhan 55 kes).

Beliau berkata bagi aktiviti tertumpu di madrasah atau sekolah tahfiz pula, seramai 6,229 pelajar, guru dan kakitangan telah menjalani ujian COVID-19 sehingga semalam dan daripada jumlah itu 341 orang didapati positif (5.47 peratus).

Dr Noor Hisham berkata seramai 12,672 pengembara warganegara Malaysia yang balik dari luar negara di stesen kuarantin sudah menjalani ujian COVID-19 dan daripada jumlah itu seramai 139 orang didapati positif (1.1 peratus).

Beliau berkata daripada jumlah yang dikesan positif itu, 99 kes melibatkan lawatan ke Indonesia, United Kingdom (14), Singapura (13), Turki (lima), Belanda (tiga), Amerika Syarikat (dua), manakala Thailand, Perancis dan Bangladesh masing-masing satu kes.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan