Images
  • malaysia covid-19 (1)

M'sia catat 11,985 kes baru COVID-19

KUALA LUMPUR: Sejumlah 11,985 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu pada Rabu (21 Jul).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 951,884.

Selangor mencatatkan 5,550 kes baru diikuti Kuala Lumpur (1,174); Kedah (800); Negeri Sembilan (745); Johor (644); Pahang (603) dan Sabah (474).

Melaka pula merekodkan 453 kes; Kelantan (386); Pulau Pinang (362); Perak (274); Sarawak (261); Terengganu (171); Putrajaya (51); Labuan (35) dan Perlis (dua).

- BERNAMA/TQ/tq

Top