Images
  • roadblock malaysia file march 2020 covid-19
    Gambar fail sekatan jalan raya di Malaysia pada 25 Mac 2020 di tengah COVID-19. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

M'sia benarkan perjalanan rentas negeri mulai esok

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri di seluruh negara berkuat kuasa esok (11 Okt).

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa di negara itu mencapai 90 peratus. 

"Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada polis bermula esok," katanya semasa sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan platform media sosial petang ini (10 Okt).

Larangan pergerakan rentas negeri dilaksana awal Januari di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19. Ia dikekalkan sepanjang tempoh tahun ini ketika kes jangkitan di negara itu terus meningkat.

Minggu lalu, PM Sabri berkata dalam satu temu bual dengan media tempatan bahawa perjalanan rentas negeri akan disambung semula apabila 90 peratus penduduk dewasa Malaysia lengkap divaksinasi.

Tambahnya ia adalah kunci untuk menghidupkan semula sektor pelancongan tempatan selain membolehkan warga Malaysia yang terpisah untuk pulang semula ke pangkuan orang yang tersayang.

Jumlah kes COVID-19 di Malaysia baru-baru ini menyaksikan trend penurunan, dengan jumlah kes harian dicatatat bawah 10,000 sejak 3 Oktober.

Terdapat sekitar 2.3 juta kes COVID-19 dan lebih 27,000 kematian di Malaysia sejak bermulanya pandemik itu.  

- BERNAMA/CNA/TQ/tq

Top