Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia ancam boikot jet pejuang EU gara-gara minyak kelapa sawit

Malaysia mungkin akan bertindak balas terhadap rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengekang penggunaan minyak kelapa sawit dengan membeli jet-jet pejuang dari China dan bukan dari syarikat-syarikat senjata dari Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia ancam boikot jet pejuang EU gara-gara minyak kelapa sawit

(Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 24 Mar 2019 09:38PM Dikemas Kini : 24 Mar 2019 09:41PM

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin akan bertindak balas terhadap rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengekang penggunaan minyak kelapa sawit dengan membeli jet-jet pejuang dari China dan bukan dari syarikat-syarikat senjata dari Eropah. Ini menurut Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada Ahad (24 Mac).

Malaysia adalah pengeluar minyak kelapa sawit yang kedua terbesar di dunia, di belakang Indonesia dan baru-baru ini mengancam akan mencabar rancangan kesatuan itu untuk menghentikan penggunaan minyak kelapa sawit secara bertahap-tahap di Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Kedua-dua Malaysia dan Indonesia bertelingkah dengan para penggubal undang-undang EU berhubung penanaman kelapa sawit, yang mengakibatkan pembakaran hutan secara besar-besaran dan pembinasaan hidupan liar.

Dalam kenyataannya yang paling tegas terhadap langkah EU itu, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berkata bahawa negaranya akan menimbangkan pembekal lain untuk menaik taraf jet-jet pejuang Mig-29 - dan membatalkan rancangan untuk membeli jet Rafale dari Perancis atau Eurofighter Typhoon.

"Jika mereka terus mengambil tindakan terhadap kita, kita akan menimbangkan untuk membeli pesawat-pesawat dari China atau negara-negara lain," menurut Dr Mahathir seperti ditukil oleh Bernama.

Perdana Menteri itu bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak "mengisytiharkan peperangan" terhadap EU kerana Malaysia memerlukan barangan daripada perkumpulan itu.

Ramai anggota EU juga merupakan rakan niaga utama Malaysia. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan