Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia akan mulakan saringan COVID-19 tertumpu pada pekerja asing dua sektor

Berkuat kuasa Khamis (14 Mei), saringan COVID-19 di bawah program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memberikan keutamaan kepada pekerja asing dalam sektor binaan dan industri kawalan keselamatan yang beroperasi di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia akan mulakan saringan COVID-19 tertumpu pada pekerja asing dua sektor

Kakitangan perubatan membuat ujian COVID-19 ke atas seorang lelaki di pusat ujian pandu lalu di Shah Alam, Malaysia, pada 20 April 2020. (Gambar: REUTERS/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 14 May 2020 08:53AM Dikemas Kini : 14 May 2020 08:57AM

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa Khamis (14 Mei), saringan COVID-19 di bawah program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memberikan keutamaan kepada pekerja asing dalam sektor binaan dan industri kawalan keselamatan yang beroperasi di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menteri Sumber Manusia M. Saravanan berkata program ini adalah untuk majikan dan pekerja yang berdaftar dengan Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

"Saringan hanya akan dibuat berdasarkan janji temu yang diatur oleh syarikat terbabit dengan penyedia perkhidmatan PSP Perkeso yang dilantik. Ujian saringan boleh dijalankan sama ada di tempat kerja atau di premis penyedia perkhidmatan (saringan bergerak)," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya pada Rabu.

Encik Saravanan berkata semua janji temu dibuat dengan penyedia perkhidmatan PSP Perkeso bagi sektor lain adalah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Jelasnya perubahan ini adalah selaras dengan arahan terkini kerajaan yang memberi fokus saringan COVID-19 kepada pekerja asing dalam kedua-dua sektor itu.

"Ia juga adalah selaras dengan panduan Kementerian Kesihatan untuk menjalankan saringan secara bersasar kepada golongan yang berisiko. Saringan COVID-19 untuk warga kerja yang layak sedang dilaksanakan oleh Perkeso, satu daripada agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 1-300-22-8000 / 03-4264 5555 / 03-8091 5100 atau e-mel ke perkeso [at] perkeso.gov.my.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan