Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia Airports mohon maaf salah eja "Mary Christmas and Happy New Years"

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memohon maaf atas kesilapan ejaan pada gegantung sempena sambutan Krismas yang dipasang di lapangan terbang Kota Bahru.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia Airports mohon maaf salah eja "Mary Christmas and Happy New Years"

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memohon maaf atas kesilapan ejaan pada gegantung sempena sambutan Krismas yang dipasang di lapangan terbang Kota Bahru. (Gambar: MAHB)

Diterbitkan : 24 Dec 2017 02:41PM Dikemas Kini : 24 Dec 2017 02:44PM

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memohon maaf atas kesilapan ejaan pada gegantung sempena sambutan Krismas yang dipasang di lapangan terbang Kota Bahru.

Gegantung yang tertera dengan mesej "Mary Christmas and Happy New Years" itu menjadi viral di media sosial.

MAHB dalam kenyataan di laman Facebook hari ini (24 Dis), menyatakan bahawa gegantung berwarna merah yang memaparkan logo pengendali lapangan terbang itu sudahpun diturunkan sebaik sahaja kesilapan itu disedari malam semalam (23 Dis).

"Kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa ini tidak melibatkan mana-mana lapangan terbang yang lain,” menurut kenyataan berkenaan.

Gambar gegantung yang dikongsi di media sosial tersebut mendapat kritikan daripada netizen yang kesal dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa itu.

MAHB turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai yang mengetengahkan isu demikian kepada pihaknya.

“Kami memohon maaf dan mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year," demikian menurut MAHB lagi.  

Sumber : Bernama/CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan