Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lukisan termahal dunia di atas kapal layar putera Saudi

Sejak dijual pada harga rekod AS$450 juta (S$615 juta), persoalan tentang di manakah lukisan ‘Salvator Mundi’, dipercayai dilukis oleh Leonardo da Vinci, menjadi salah satu misteri terbesar dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Lukisan termahal dunia di atas kapal layar putera Saudi

Lukisan ‘Salvator Mundi’ yang dijual pada harga AS$450 juta milik Putera Mahkota Arab Saudi. (Gambar: AFP/Drew Angerer/Getty Images North America)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 12:44PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 12:49PM

WASHINGTON: Sejak dijual pada harga rekod AS$450 juta (S$615 juta), persoalan tentang di manakah lukisan ‘Salvator Mundi’, dipercayai dilukis oleh Leonardo da Vinci, menjadi salah satu misteri terbesar dunia.

Misteri itu terbongkar semalam, apabila seorang peniaga seni berpangkalan di London, Kenny Schachter mendedahkan di laman web Artnews bahawa ia kini berada di atas kapal layar mewah milik Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Sejak dijual di Christie's pada 2017, ia tidak pernah dipamerkan kepada umum sekali gus mencetuskan keraguan mengenai pemilik, tempat dan ketulenannya.

The Wall Street Journal pertama kali melaporkan lukisan itu dibeli oleh putera Arab Saudi, Badr bin Abdullah bagi pihak putera mahkota Mohammed bin Salman yang dikenali dengan singkatan nama MBS.

Riyadh tidak pernah mengesahkan atau menafikan laporan itu.

Schacter, memetik dua sumber termasuk dua orang terbabit dalam penjualan lukisan itu, mendakwa, ‘Salvator Mundi’ dibawa keluar pada lewat malam menggunakan pesawat MBS dan disimpan di kapal layarnya, Serene.

Tambahnya, lukisan itu akan kekal di dalam kapal berkenaan sehingga ia dipindahkan ke daerah Al-Ula, sebuah tempat yang bakal dijadikan destinasi budaya dan pelancongan oleh kerajaan Arab Saudi.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan