Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Los Angeles laksanakan sekatan baru COVID-19 terhadap perhimpunan sosial

Hampir semua perhimpunan sosial disertai individu-individu daripada lebih satu isi rumah dilarang di kawasan Los Angeles.

Anggaran Waktu Membaca:
Los Angeles laksanakan sekatan baru COVID-19 terhadap perhimpunan sosial

Seorang pegawai perubatan berjalan di lot tempat letak kereta tepi pantai yang digunakan sebagi zon pengasingan untuk pesakit COVID-19 di Pantai Negara Dockweiler di Los Angeles, California. (Gambar: Robyn Beck/AFP)

Diterbitkan : 28 Nov 2020 12:38PM Dikemas Kini : 28 Nov 2020 12:40PM

LOS ANGELES: Hampir semua perhimpunan sosial disertai individu-individu daripada lebih satu isi rumah dilarang di kawasan Los Angeles buat sekurang-kurangnya tiga minggu mulai Isnin (30 Nov) di bawah sekatan baru didedahkan para pegawai kesihatan tempatan sambil merujuk kepada peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.

Perintah kesihatan awam itu khususnya mengecualikan khidmat keagamaan dan bantahan di bawah hak perlindungan perlembagaan sejajar dengan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang membatalkan perintah negeri New York yang menghadkan saiz perhimpunan agama.

Langkah daerah Los Angeles itu menjejas sekitar 20 juta penduduk yang menetap di sekitar dan dalam bandar kedua terbesar Amerika itu dan juga melampaui sekatan berkurung yang dilaksanakan minggu lalu oleh Gabenor California Gavin Newsom.

Encik Newsom melarang perkhimpunan sosial dan kegiatan tidak penting lain di kebanyakan bahagian negeri itu antara 10 malam dengan 5 pagi.

Kesemua sekatan itu adalah langkah COVID-19 paling ketat dilaksanakan di kawasan Los Angeles sejak sekatan seluruh negeri di California pada Mac lalu iaitu pada awal pandemik tersebut, yang pertama seumpamanya di Amerika.

Langkah itu juga antara yang paling ketat dilaksanakan di seluruh negara tersebut.

Pihak berkuasa negeri dan tempatan sudah melaksanakan atau melaksanakan semula pelbagai sekatan kegiatan sosial dan ekonomi dengan harapan membendung gelombang jangkitan di luar kawalan di merata Amerika. 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan