Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lori terbabas, 4 tong asid tumpah ke atas jalan raya

Sebuah lori yang membawa muatan enam tong asid nitrik terbabas menyebabkan empat tong bahan kimia itu terjatuh dan bocor serta tumpah di atas jalan raya dalam kemalangan di Jalan Bukit Pelandok-Tanah Merah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lori terbabas, 4 tong asid tumpah ke atas jalan raya

(Gambar fail: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 17 Nov 2018 09:01AM Dikemas Kini : 17 Nov 2018 09:51AM

PORT DICKSON: Sebuah lori yang membawa muatan enam tong asid nitrik terbabas menyebabkan empat tong bahan kimia itu terjatuh dan bocor serta tumpah di atas jalan raya dalam kemalangan di Jalan Bukit Pelandok-Tanah Merah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata insiden berlaku apabila pemandu lori yang sedang dalam perjalanan menghala ke arah Port Dickson pada sekitar jam 12.00 tengah hari semalam (16 Nov), dikatakan gagal mengawal kenderaannya di satu selekoh sebelum terbabas.

Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson serta pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Seremban 2 bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian itu pada jam 12.25 tengah hari.

"Pemeriksaan mendapati bahan kimia yang dibawa lori berkenaan tumpah di atas jalan raya dan kita sedang kawal supaya tumpahan bahan kimia itu tidak masuk ke dalam longkang. Seterusnya kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian sedang giat dijalankan oleh anggota HAZMAT dengan bantuan anggota BBP Port Dickson," kata Encik Norazam.

Beliau selanjutnya berkata pihaknya memerlukan tempoh masa yang lama bagi memastikan kawasan tumpahan itu bebas dan selamat daripada bahan kimia berkenaan.

"Kita juga sedang menunggu pihak syarikat berkaitan untuk turut membantu membersihkan tumpahan itu. Selain itu, kita sedang menunggu ketibaan Jabatan Alam Sekitar di lokasi untuk tindakan selanjutnya," tambah beliau. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan