Images
  • haj mina 2020
    Jemaah haji pada 2020 lontar jamrah di Mina (Gambar: SPA/AFP)

Lontar jamrah guna batu khas dibersihkan daripada kuman

MAKKAH: Di Arab Saudi, 10,000 jemaah haji yang terpilih tahun ini, selesai bermalam di Muzdalifah dan sudah sempurnakan ibadah melontar jamrah pertama di Mina.

Selain jumlah jemaah haji yang amat terhad, perjalanan haji tahun ini juga dijalankan di tengah-tengah protokol kesihatan yang amat ketat.

Para jemaah haji juga menyambut Aidiladha hari ini (31 Jul).

Setibanya di Mina dari Muzdalifah, awal pagi tadi, para jemaah haji yang terdiri daripada 30 peratus warga Saudi dan 70 peratus rakyat dari 160 buah negara, melakukan lontaran pertama jamrah menggunakan batu-batu khas yang telah dibersihkan daripada kuman.

Batu-batu untuk ibadah melontar itu disediakan untuk setiap jemaah haji kali ini, bagi memastikan tiada penularan COVID-19.

Seperti lazimnya para jemaah haji akan melakukan lagi lontaran ketiga-tiga buah jamrah di Mina, selama dua hari akan datang.

Di Masjidil Haram, mereka yang sudah selesai lontaran jamrah pertama hari ini, turut melakukan tawaf dan sai haji sebelum boleh "tahlul awal" atau bebas daripada larangan ihram.

Sebelum tiba di Mina dinihari tadi, para jemaah telah bermalam di Muzdalifah, selepas meninggalkan padang Arafah.

Perjalanan para jemaah dari Arafah ke Muzdalifah dilaporkan sangat lancar, mungkin juga kerana jumlah jemaah yang amat terhad berbanding lebih 2 juta orang tahun lalu.

LAPORAN BERKAITAN:

- Agensi berita/AA/tq

Top