Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lontar duit syiling ke enjin pesawat untuk 'dapat tuah', warga emas ditahan polis

Seorang warga emas dari China menyebabkan penerbangan tergendala setelah beliau mencampak duit syiling ke dalam enjin pesawat "untuk mendoakan penerbangan yang selamat".

Anggaran Waktu Membaca:
Lontar duit syiling ke enjin pesawat untuk 'dapat tuah', warga emas ditahan polis

Sebuah pesawat Tianjin Airlines (Gambar: WikiCommons)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 09:59AM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 10:04AM

HOHHOT: Seorang warga emas dari China menyebabkan penerbangan tergendala setelah beliau mencampak duit syiling ke dalam enjin pesawat "untuk mendoakan penerbangan yang selamat".

Wanita 66 tahun itu ditahan selepas perbuatannya menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita di Mongolia pada Selasa (16 Apr), menurut kenyataan Tianjin Airlines di laman media sosial Weibo.

Wanita yang dikenali sebagai Yang, mengaku melontarkan enam duit syiling ke enjin pesawat semasa berdoa agar penerbangan selamat.

Beliau diarah turun dari pesawat oleh pengawal keselamatan lapangan terbang dan mungkin menghadapi hukuman oleh syarikat penerbangan.

Beberapa penumpang berkata wanita berkenaan melontar duit syiling itu semasa menaiki pesawat. Kakitangan kemudian menemui wang itu di landasan penerbangan di sebelah pesawat, menurut kenyataan pihak-pihak berkuasa.

Penerbangan tergendala dua jam dan akhirnya berlepas ke bandar Chifeng menggunakan pesawat gantian.

Pada 2017, seorang penumpang yang memegang kepercayaan tahyul menyebabkan penerbangan China Southern Airlines dilengahkan selama hampir enam jam dengan melontarkan syiling ke dalam enjin untuk "mendapatkan tuah".

Wanita 80 tahun itu ditahan namun kemudian dibebaskan tanpa sebarang dakwaan memandangkan usianya yang lanjut, menurut laporan media.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan