Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

London, Paris, Berlin tuntut siasatan 'boleh dipercayai' terhadap kehilangan Khashoggi

Britain, Perancis dan Jerman menegaskan pada Ahad (14 Okt) bahawa "kebenaran mesti didedahkan" berhubung kehilangan wartawan Jamal Khashoggi, sedang mereka menggesa satu siasatan yang boleh dipercayai dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
London, Paris, Berlin tuntut siasatan 'boleh dipercayai' terhadap kehilangan Khashoggi

(Gambar: Ozan Kose/AFP)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 11:38AM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 11:41AM

LONDON: Britain, Perancis dan Jerman menegaskan pada Ahad (14 Okt) bahawa "kebenaran mesti didedahkan" berhubung kehilangan wartawan Jamal Khashoggi, sedang mereka menggesa satu siasatan yang boleh dipercayai dijalankan.

Dalam satu kenyataan bersama, menteri ehwal luar Britain Jeremy Hunt, rakan sejawatannya dari Perancis Jean-Yves Le Drian dan Encik Heiko Maas dari Jerman berkata bahawa pihak yang bertanggungjawab atas kehilangan wartawan Saudi itu harus dipertanggungjawabkan.

Encik Khashoggi, seorang penyumbang Washington Post, dilaporkan hilang setelah memasuki konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober untuk mendapatkan dokumen-dokumen rasmi bagi perkahwinannya tidak lama lagi.

Sedang mereka melahirkan sokongan untuk usaha bersama Saudi-Turki untuk menyiasat kes tersebut, mereka juga menyatakan kerajaan Arab Saudi mesti memberi "respons menyeluruh dan terperinci", menandakan bahawa pesanan itu sudah disampaikan "secara langsung" kepada Riyadh.

Para pegawai Turki berkata bahawa mereka percaya Encik Khashoggi dibunuh di dalam konsulat Saudi. Dakwaan mengerikan yang menyarankan bahawa beliau diseksa dan anggota badannya dikerat dibocorkan kepada media.

Arab Saudi memberi amaran pada Ahad (14 Okt) bahawa ia akan membalas sebarang sekatan terhadap kerajaannya atas kehilangan wartawan Jamal Khashoggi. Ini sedang pasaran saham Riyadh menjunam disebabkan kebimbangan para pelabur.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan