Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lombong meletup di China, 9 maut, seorang masih hilang

Pasukan penyelamat China berjaya mengeluarkan sembilan mayat pekerja lombong yang maut dalam kejadian letupan pada 10 Jan, menurut pegawai pemerintah di China pada Isnin (25 Jan). Seorang lagi masih hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lombong meletup di China, 9 maut, seorang masih hilang

Pasukan penyelamat mengangkat seorang pelombong pada 24 Jan. (Gambar: AFP/CNS)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 07:48PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 07:51PM

BEIJING: Pasukan penyelamat China berjaya mengeluarkan sembilan mayat pekerja lombong yang maut dalam kejadian letupan pada 10 Jan, menurut pegawai pemerintah di China pada Isnin (25 Jan). Seorang lagi masih hilang.

Dalam kejadian di lombong Hushan,bahagian timur wilayah Shandong itu, 22 pelombong terperangkap beberapa ratus meter di bawah runtuhan selama lebih dua minggu.

Seramai 11 pelombong berjaya diselamatkan pada Ahad.

"Dari Ahad petang hingga petang ini, pekerja penyelamat tidak berhenti mencari. Kami menemui sembilan lagi pekerja yang terperangkap tetapi malangnya semua sudah meninggal dunia," kata Datuk Bandar Yantai, Encik Chen Fei, dalam taklimat media pada Isnin.

"Kami akan terus mencari pelombong yang hilang," kata Encik Chen, sambil menambah kerja menyelamat disukarkan dengan paras air bawah tanah yang dalam.

Nahas sehingga menyebabkan kematian sering berlaku di lombong China berikutan tahap keselamatan yang rendah.

Sumber : AFP/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan