Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Logo 1Malaysia diturunkan di bangunan Pusat Transformasi Bandar seluruh negara

Logo 1Malaysia diturunkan di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pasar Sentral Labuan hari ini (19 Mei), 10 hari selepas pembentukan kerajaan Pakatan Harapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Logo 1Malaysia diturunkan di bangunan Pusat Transformasi Bandar seluruh negara

Logo 1Malaysia.

Diterbitkan : 19 May 2018 03:43PM Dikemas Kini : 19 May 2018 03:47PM

LABUAN: Logo 1Malaysia diturunkan di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pasar Sentral Labuan hari ini (19 Mei), 10 hari selepas pembentukan kerajaan Pakatan Harapan.

Dua unit logo gergasi itu yang berukuran lebih kurang 11.5 meter (tinggi) dan 5.7 meter (lebar) mula diturunkan sejak awal pagi sehingga jam 2.02 petang.

Kerja menurunkan logo 1Malaysia itu adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan bertarikh 14 Mei yang turut melibatkan gambar mantan perdana menteri, mantan menteri besar dan mantan ketua menteri di semua UTC di seluruh negara.

Logo 1Malaysia dilancarkan tidak lama selepas mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui negara pada tahun 2009.

Jabatan Penerangan Malaysia Labuan turut membuka enam unit poster papan iklan yang berkaitan dengan 1Malaysia di seluruh Labuan sejak minggu lalu. 

Sumber : Bernama/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan