Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lion Air Indonesia batalkan tempahan baki pesawat Boeing 737 MAX

Syarikat Lion Air Indonesia membatalkan tempahan baki pesawat itu yang belum diterimanya di bawah pakej pembelian bernilai AS$22 bilion (S$30 bilion).

Anggaran Waktu Membaca:
Lion Air Indonesia batalkan tempahan baki pesawat Boeing 737 MAX
Diterbitkan : 13 Mar 2019 09:55PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 09:58PM

JAKARTA: Syarikat Lion Air Indonesia membatalkan tempahan baki pesawat itu yang belum diterimanya di bawah pakej pembelian bernilai AS$22 bilion (S$30 bilion).

Lion Air kini menggunakan 10 pesawat jenis Boeing Max 8 yang merupakan sebahagian pakej pembelian yang dibuat pada 2011.

Keseluruhannya, Lion Air menempah sejumlah 200 pesawat Boeing 737 Max 8 yang sepatutnya dikirimkan secara berperingkat-peringkat sehingga 2035.

Empat lagi pesawat serupa dijadual dikirimkan tahun ini.

Tetapi kiriman tersebut dilaporkan sudah ditunda.

Indonesia sebaliknya merancang membeli pesawat-pesawatnya daripada pesaing Boeing iaitu Airbus.

Ini, setelah ia menggantung khidmat semua penerbangan pesawat Boeing 737 MAX.

Pada Oktober tahun lalu, sebuah pesawat Lion Air jenis Boeing 737 Max terhempas di Laut Jawa, meragut nyawa 189 orang.

Syarikat Lion Air disifatkan sebagai syarikat penerbangan terbesar Indonesia dari sudut pasaran domestik. 

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan