Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Liga Arab: Tindakan Trump iktiraf Baitulmakdis akan rangsang keganasan

Sebarang langkah oleh Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel akan merangsang keganasan, tegas Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Arab: Tindakan Trump iktiraf Baitulmakdis akan rangsang keganasan

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit. (Gambar: HO/DALATI AND NOHRA/AFP)

Diterbitkan : 03 Dec 2017 12:38PM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 01:21PM

KAHERAH: Sebarang langkah oleh Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel akan merangsang keganasan, tegas Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit.

Beliau berkata demikian sehari selepas seorang pegawai pentadbir kanan AS menyatakan bahawa Presiden Donald Trump dijangka membuat pengumuman tersebut minggu depan.

Rakyat Palestin mahu Baitulmakdis menjadi ibu kota negara mereka. Pada masa yang sama, masyarakat antarabangsa juga tidak mengiktiraf tuntutan Israel ke atas semua bahagian kota itu yang dihuni bersama oleh penganut Islam, Yahudi dan Kristian.

Khabar tentang pengumuman Presiden Trump itu ternyata berbeza dengan pendirian presiden-presiden Amerika Syarikat sebelum ini yang menegaskan status kota itu perlu diputuskan secara rundingan. Perkembangan itu sudahpun mengundang kritikan daripada pihak berkuasa Palestin.

“Hari ini, kami lihat dengan jelas bahawa tindakan sedemikian tidak wajar…Ia tidak akan membawa keamanan ataupun kestabilan tetapi akan merangsang sikap pelampauan dan membawa kepada keganasan,” kata Encik Aboul Gheit dalam satu kenyataan yang diterbitkan dalam laman Liga Arab.

“Ia hanya memanfaatkan satu pihak; pemerintah Israel yang menentang keamanan,” tambahnya.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan