Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letusan White Island: Misi berani pasukan New Zealand tarik keluar enam mayat dari gunung berapi

Sepasukan askar elit New Zealand mengangkut enam mayat dari gunung berapi White Island pada Jumaat (13 Dis), menggunakan helikopter tentera. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2019 01:38PM Dikemas Kini : 13 Dec 2019 09:27PM

WHAKATANE: Sepasukan askar elit New Zealand mengangkut enam mayat dari gunung berapi White Island pada Jumaat (13 Dis), menggunakan helikopter tentera. Demikian menurut polis, dalam satu misi yang dianggap amat berbahaya, di tengah-tengah satu lagi ancaman letusan bakal berlaku.

Agensi berita AFP menyaksikan dua helikopter tentera berlepas dari lapangan terbang Whakatane pada awal pagi, menuju ke kawasan gunung berapi, di mana letusan berlaku pada Isnin lalu. Insiden itu dipercayai mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan ramai lagi mangsa.

Pasukan tentera seramai lapan orang itu dikerah untuk membawa pulang lapan mayat yang masih berada di kawasan gunung berapi itu.

Misi itu berjaya dijalankan selepas lebih lima jam, apabila polis mengumumkan sebilangan besar mayat sudah ditemui dan dibawa ke sebuah kapal tentera laut berhampiran.

"Enam mayat berjaya ditemui dan dibawa keluar dari pulau Whakaari-White dan kini berada di kapal HMNZS Wellington," menurut timbalan pesuruhjaya John Tims.

Masih belum jelas sama ada pasukan itu akan kembali untuk cuba membawa keluar dua lagi mayat yang dipercayai masih terperangkap di sana.

Penggunaan pesawat dron sebelum ini membantu mengesan enam mayat berkenaan sebelum pasukan tersebut lengkap dengan pakaian perlindungan mendarat di pulau itu.

Menurut polis, pihaknya akan berusaha mencari dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang, tetapi dihambat kesuntukan masa disebabkan sekitaran yang masih berbahaya.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan