Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan kedai roti Paris: 3 maut, 50 cedera

Di Paris, ibu kota Perancis, satu letupan kuat di sebuah kedai roti, menyebabkan dua orang pegawai bomba dan seorang wanita Sepanyol terkorban.

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan kedai roti Paris: 3 maut, 50 cedera

Letupan di Paris. (Gambar: Thomas Samson/AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2019 04:20PM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 04:24PM

PARIS: Di Paris, ibu kota Perancis, satu letupan kuat di sebuah kedai roti, menyebabkan dua orang pegawai bomba dan seorang wanita Sepanyol terkorban.

Hampir 50 yang lain cedera, dengan sekurang-kurangnya sembilan orang dalam keadaan tenat.

Punca sebenar letupan maut itu masih belum diketahui namun terdapat kemungkinan ia berpunca daripada satu kebocoran gas.

Pasukan bomba sedang menjalankan siasatan.

Menurut para saksi, letupan kuat kedengaran di apartmen yang terbakar itu, sementara ramai mangsa terperangkap di dalam bangunan berdekatan.

Sekitar 200 anggota bomba dan polis terlibat dalam operasi menyelamat.

Sebuah helikopter juga digunakan untuk menyelamatkan mangsa yang cedera.

Kawasan berdekatan termasuk pusat beli-belah di Paris, turut sudah dikosongkan.

Sumber : Agensi berita/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan