Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan di taman Monumen Nasional di Jakarta, polis sahkan kecederaan

Satu letupan di kawasan Monumen Nasional di Jakarta, ibu kota Indonesia pada Selasa (3 Dis) mencederakan sekurang-kurangnya dua askar Indonesia, menurut laporan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan di taman Monumen Nasional di Jakarta, polis sahkan kecederaan

Petikan gambar dari Kompas TV menunjukkan lokasi setelah berlaku letupan di taman Monumen Nasional di Jakarta pada 3 Dis 2019.

Diterbitkan : 03 Dec 2019 10:37AM Dikemas Kini : 03 Dec 2019 02:46PM

JAKARTA: Satu letupan di kawasan Monumen Nasional di Jakarta, ibu kota Indonesia pada Selasa (3 Dis) mencederakan sekurang-kurangnya dua askar Indonesia, menurut laporan media tempatan.

Bunyi letupan kedengaran pada kira-kira 8.30 pagi.

Kejadian itu berlaku sedang para anggota Tentera Nasional Indonesia menjalankan kegiatan olahraga di kawasan monumen nasional, menurut Metro TV.

Jurucakap polis Argo Yowono mengesahkan satu letupan berlaku dekat Monumen Negara, lapor Tribunnews.

Polis trafik Jakarta menyatakan menerusi Twitter bahawa hadangan jalan raya dipasang untuk memeriksa para penumpang dan lalu lintas di kawasan itu.

Monumen Nasional Jakarta yang biasa dipanggil dengan nama singkatan Monas terletak di pusat bandar Jakarta. Ia terletak berdekatan Istana Merdeka Indonesia dan pelbagai kementerian.


Sumber : CNA/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan