Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan di Bangkok dirancang di negara jiran, kata Timbalan PM Thailand

Polis Thailand percaya suspek yang terlibat dalam siri pengeboman di Bangkok pada 2 Ogos sudah merangka rancangan mereka di sebuah “negara jiran”, kata Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan.

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan di Bangkok dirancang di negara jiran, kata Timbalan PM Thailand

Pegawai polis memeriksa kejadian yang berlaku di Bangkok. (Photo: AFP/Lillian Suwanrumpha)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 08:02AM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 08:04AM

BANGKOK: Polis Thailand percaya suspek yang terlibat dalam siri pengeboman di Bangkok pada 2 Ogos sudah merangka rancangan mereka di sebuah “negara jiran”, kata Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan.

Katanya, siasatan menunjukkan beberapa orang daripada suspek sudah melarikan diri ke negara jiran selepas letupan itu.

“Kami percaya ada beberapa orang lagi suspek. Bagaimanapun, mereka melarikan diri ke negara jiran.

“Polis akan menyelaras langkah dengan rakan (di negara jiran),” katanya di sidang media pada Rabu (14 Ogos).

Beliau tidak menyatakan nama negara jiran berkenaan.

Beliau berkata, polis mencapai kemajuan dalam siasatan mereka.

Sementara itu, timbalan jurucakap polis Kol Krissana Pattanacharoen berkata empat suspek didakwa semalam melakukan pembakaran, memiliki bahan letupan secara haram dan terlibat dalam jenayah terancang.

Setakat ini, enam lelaki dituduh berhubung pengeboman di Bangkok pada 2 Ogos.

Pada hari kejadian, polis menemui sembilan bom, termasuk bahan yang belum meletup, di lima lokasi di ibu negara itu selepas beberapa letupan kecil mencederakan empat orang ketika Bangkok menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan