Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lembu sado satu tan dikorbankan sempena Aidiladha

Suasana di Masjid Jamek Shaik Eusof di Jalan Dato Keramat di Pulau Pinang, Malaysia sungguh meriah dengan kehadiran ramaipenduduk yang datang bagi menyaksikan seekor lembu jenis Brahman seberat satu tan dikorbankan sempena Aidiladha pada Rabu (22 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lembu sado satu tan dikorbankan sempena Aidiladha

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Aug 2018 10:47PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 10:51PM

GEORGE TOWN: Suasana di Masjid Jamek Shaik Eusof di Jalan Dato Keramat di Pulau Pinang, Malaysia sungguh meriah dengan kehadiran ramai penduduk yang datang bagi menyaksikan seekor lembu jenis Brahman seberat satu tan dikorbankan sempena Aidiladha pada Rabu (22 Ogos).

Pengerusi jawatankuasa masjid, Yusof Yaacob, berkata lembu bernilai RM15,000 (S$5,000) itu disumbangkan oleh seorang anak kariah, Rezuwan Mazlan. Perancangan bagi majlis itu dibuat kira-kira dua bulan lalu.

"Majlis korban ini merupakan acara tahunan masjid ini tetapi suasana tahun ini berbeza kerana kita membawa seekor lembu gergasi seberat 1,000 kilogram untuk dikorbankan," kata Ustaz Yusof kepada para wartawan ketika ditemui di perkarangan masjid.

Beliau berkata, hampir 200 orang terlibat dalam majlis tahun ini yang turut mengorbankan sembilan ekor lembu biasa dan 19 ekor kambing.

Ustaz Yusof menambah bahawa beliau difahamkan lembu jenis Brahman, yang berusia lima tahun, itu diimport dari Thailand ketika masih kecil.

Menurut beliau, proses penyembelihan lembu seberat satu tan itu memerlukan tenaga kerja hampir 10 orang dan mengambil masa lebih sejam.

"Alhamdulillah, proses penyembelihan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Sementara itu, Shahrul Arizan, seorang jurutera kanan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, berkata beliau membawa isterinya dan tiga orang anak mereka untuk menyaksikan acara korban tersebut.

"Ini kali pertama saya melihat lembu seberat satu tan dikorbankan bersempena Aidiladha dan saya berasa teruja melihat kerjasama para peserta majlis korban dalam proses penyembelihan itu," katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan