Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lembu betina ini makan seperiuk nasi setiap hari

Setiap hari seperiuk nasi dimasak khusus untuk ‘Aida Jebat', iaitu seekor lembu betina peliharaan seorang suri rumah, Cik Ain Zahirah Zokri, di Kampung Lala, di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lembu betina ini makan seperiuk nasi setiap hari

Setiap hari seperiuk nasi dimasak khusus untuk ‘Aida Jebat', iaitu seekor lembu betina peliharaan seorang suri rumah. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 05:28PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 05:33PM

POKOK SENA: Setiap hari seperiuk nasi dimasak khusus untuk ‘Aida Jebat', iaitu seekor lembu betina peliharaan seorang suri rumah, Cik Ain Zahirah Zokri, di Kampung Lala, di sini.

Cik Ain Zahirah, 24 tahun, berkata lembu berusia kira-kira dua tahun yang dibeli daripada seorang penduduk kampungnya Februari lalu itu, gemar makan nasi sejuk setiap kali ia pulang dari meragut rumput.

“Tabiat pelik lembu ini disedari apabila semua nasi yang kami beri untuk ayam, habis dimakannya dan setiap kali saya bawa nasi keluar untuk diberi kepada ayam, ia akan meluru ke arah saya.

“Mulanya kami agak pelik sebab lembu suka makan nasi, namun lama-lama menjadi kebiasaan kami, bagi dia makan nasi hinggalah hubungan kami dengan Aida Jebat makin rapat sebab dia makin manja,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini (17 Jul).

Beliau berkata, jika tidak diberi nasi, 'Aida Jebat' akan datang dekatnya sambil merenung wajahnya lama-lama dan tidak akan berlalu selagi tidak diberikan makanan kegemarannya itu.

Ain Zahirah berkata, selain 'Aida Jebat', seekor lagi lembu peliharaannya digelar Awang Hitam, kini dilihat turut gemar makan nasi.

“Nasi yang saya berikan untuk lembu-lembu ini masih dalam keadaan elok, saya campurkan dengan sedikit garam,” katanya.

Beliau berkata tabiat pelik lembunya itu menarik perhatian penduduk kampung yang sering datang untuk melihat haiwan itu makan nasi pada sebelah petang.

Sementara itu, nenek Cik Ain Zahirah iaitu Cik Rahmah Ismail, 74 tahunn, berkata walaupun beliau berpengalaman memelihara lembu sejak lebih 50 tahun lalu, kehadiran 'Aida Jebat' dianggap sebagai sesuatu yang istimewa dan unik.

“Lembu-lembu ini bukan sahaja makan nasi, kerana pada hari raya yang lalu, haiwan ini juga makan lemang dan ketupat, kalau ikutkan saya nak berikan apa sahaja lembu ini nak makan, tetapi risau juga boleh memudaratkan,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan