Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lembaga Tabung Haji lantik Mohammed Nor Md Yusof pengerusi, Zukri Samat ketua pegawai eksekutif

Lembaga Tabung Haji (TH) melantik bekas pengerusi eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Encik Mohammed Nor Md Yusof sebagai pengerusi barunya., bekuat kuasa Jumaat (13 Jul)

Anggaran Waktu Membaca:
Lembaga Tabung Haji lantik Mohammed Nor Md Yusof pengerusi, Zukri Samat ketua pegawai eksekutif

Encik Mohammed Nor Md Yusof (Gambar: CIMB Foundation)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 04:15PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 04:24PM

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) melantik bekas pengerusi eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Encik Mohammed Nor Md Yusof sebagai pengerusi barunya. 

TH juga menamakan bekas ketua pegawai eksekutif BIMB Holdings Bhd Encik Zukri Samat sebagai ketua pegawai eksekutifnya yang baru.

Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini, kata Encik Mohammed Nor kepada Bernama hari ini (13 Jul).

“Ia satu tanggungjawab yang berat namun apa yang paling penting adalah ia amanah daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Saya rasa ia adalah satu penghormatan yang besar. Sifat tugas ini adalah suatu yang sangat mulia dan bagi saya dan Encik Zukri kami fikir ini adalah satu tugas yang sangat mulia,” katanya.

Encik Mohammed Nor berkata bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi TH sepatutnya berkuat kuasa 10 Julai namun Dr Mahathir mahu bertemu dengan mereka secara peribadi terlebih dahulu, justeru ia berkuat kuasa hari ini (13 Jul). 

“Saya rasa Dr Mahathir memegang dahulu surat itu dan mahu mencari peluang untuk bertemu saya dan Zukri. Saya fikir beliau secara peribadinya mahu memberikan sendiri surat itu kepada saya,” katanya.   

Sebelum ini, Encik Mohammed Nor pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Malaysia Airlines System dari Februari 2001 hingga Mac 2004.

Menurutnya, beliau menjangkakan cabaran dalam menggalas tugas tersebut tetapi ia lebih bermakna kerana tugasan yang dipertanggungjawabkan itu berkaitan dengan agama dan rukun Islam. 

Ditanya bagaimana beliau akan membuat perubahan dalam organisasi itu pada masa akan datang, Encik Mohammed Nor berkata:” berilah saya sedikit peluang, sudah tentunya kami akan tampil dengan apa yang kami dapatkan dan apa yang kami fikir kami perlu lakukan. Tidak ada masa untuk duduk bersenang lenang”.

Sumber : Bernama/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan