Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki warga NZ dijel 21 bulan sebar video serangan masjid Christchurch

Seorang lelaki rakyat New Zealadnd dihukum penjara 21 bulan pada Selasa (18 Jun) kerana menyebarkan video serangan ke atas dua masjid Christchurch yang meragut nyawa 51 jemaah, yang disiarkan secara langsung, lapor media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki warga NZ dijel 21 bulan sebar video serangan masjid Christchurch

Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand. (Gambar: AFP/William West)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 02:21PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 02:25PM

WELLINGTON: Seorang lelaki rakyat New Zealand dihukum penjara 21 bulan pada Selasa (18 Jun) kerana menyebarkan video serangan ke atas dua masjid Christchurch yang meragut nyawa 51 jemaah, yang disiarkan secara langsung, lapor media tempatan.

Philip Arps, 44 tahun, diberkas di Christchurch empat hari selepas suspek serangan itu, Brenton Tarrant melepaskan tembakan rambang ke arah para jemaah di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac.

Serangan itu merupakan pembunuhan beramai-ramai yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah moden New Zealand.

Arps mengaku bersalah atas dua tuduhan menyebarkan bahan yang menjelikkan, iaitu dengan mengongsi video serangan yang disiarkan langsung di media sosial.

Mahkamah Daerah Christchurch diberitahu bahawa Arps menyebarkan rakaman asal itu kepada 30 orang dan menyunting satu lagi versi yang diselitkan jumlah angka korban, lapor akhbar New Zealand Herald.

"Ini pada hakikatnya adalah jenayah kebencian terhadap masyarakat Islam (tempatan), kata Hakim Stephen O'Driscoll.

Beliau berkata perbuatan mengongsi video itu beberapa hari selepas serangan tersebut adalah kejam, pada masa sanak saudara masih menantikan khabar mengenai anggota keluarga mereka yang berada di tempat kejadian.

Hakim O'Driscoll mendapati Arps ingin "mengagung-agungkan" kematian para jemaah tersebut dan hukuman selain daripada penjara adalah tidak wajar, lapor Radio New Zealand.

Arps, yang mendakwa dirinya pelampau kulit putih disabit kesalahan pada 2016 atas kelakuan yang menyinggung perasaan iaitu dengan meninggalkan kepala seekor babi di Masjid Al Noor, salah sebuah masjid di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai tersebut. 

Sumber : AFP/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan