Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ugut bom palsu, khidmat kereta api London digantung sementara

Polis Britain menahan seorang lelaki yang mengaku memiliki bom di sebuah stesen kereta api di London awal tadi (22 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2018 05:05PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 08:44PM

LONDON: Polis Britain menahan seorang lelaki yang mengaku memiliki bom di sebuah stesen kereta api di London awal tadi (22 Jun).

Para penumpang diarah untuk mengosongkan stesen tersebut dan tiada orang cedera.

Kejadian itu berlaku pada waktu sibuk sebelah pagi tadi di Stesen Charing Cross. Ia merupakan salah sebuah terminal kereta api utama yang terletak di Westminster di pusat London.

Suspek dilaporkan sedang berdiri di atas landasan kereta api semasa membuat ugutan bom. Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental dan tiada senjata ditemui. Tiada kecederaan dilaporkan.

Khidmat kereta api termasuk kereta api bawah tanah pada mulanya digantung namun operasinya sudah disambung.

Britain kini berada di tahap amaran ancaman peringkat kedua tertinggi yang bermakna serangan militan besar kemungkinan berlaku.  

Sumber : Reuters/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan