Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ugut bakar diri kerana terpaksa batal majlis ulang tahun akibat COVID-19

Seorang lelaki dari bahagian barat daya China bertindak menyiram tubuhnya dengan petrol dan mengikat mercun pada pinggangnya selepas pihak berkuasa membatalkan jamuan sambutan ulang tahunnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ugut bakar diri kerana terpaksa batal majlis ulang tahun akibat COVID-19

Ratusan juta orang di China berdepan dengan sekatan dan gangguan pada kehidupan akibat penularan virus korona COVID-19. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 11:11AM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 11:21AM

BEIJING: Seorang lelaki dari bahagian barat daya China bertindak menyiram tubuhnya dengan petrol dan mengikat mercun pada pinggangnya selepas pihak berkuasa membatalkan jamuan sambutan ulang tahunnya.

Menurut laporan agensi berita Xinhua pada Rabu (12 Feb), Wang, seorang penduduk Chongqing berusia 59 tahun, merancang untuk mengadakan majlis ulang tahun dengan tempahan 10 meja pada lewat bulan lalu.

Bagaimanapun, para pegawai memberitahu Wang supaya membatalkan majlis tersebut memandangkan pihak berkuasa di merata China melarang perhimpunan awam bagi membendung penularan itu.

Beratus-ratus juta orang di merata China berdepan dengan sekatan dan gangguan pada kehidupan disebabkan usaha-usaha tersebut.

Selepas majlis ulang tahunnya dibatalkan, lelaki itu muncul di pejabat jawatankuasa kampung dengan mengikat mercun pada pinggangnya, lapor Xinhua.

Lelaki itu juga menyiram minyak pada dadanya sambil memegang alat pemetik api dengan tujuan untuk "menakut-nakutkan dan mengugut jawatankuasa kampung itu supaya membolehkan dia terus mengadakan majlis ulang tahunnya."

Xinhua melaporkan bahawa para peguam cara tempatan kemudian memfailkan dakwaan terhadap Wang atas tingkah laku yang tidak senonoh.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan