Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki tunggu 6 bulan sebelum keluarkan telefon bimbit dari dalam perut

Seorang lelaki warga Mesir menunggu enam bulan selepas menelan sebuah telefon bimbit sebelum mendapatkan rawatan setelah menderita sakit teruk di bahagian perut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tunggu 6 bulan sebelum keluarkan telefon bimbit dari dalam perut

Gambar hiasan: AFP

Diterbitkan : 21 Oct 2021 08:07PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 08:09PM

DUBAI: Seorang lelaki warga Mesir menunggu enam bulan selepas menelan sebuah telefon bimbit sebelum mendapatkan rawatan setelah menderita sakit teruk di bahagian perut.

Lelaki itu mendapatkan rawatan daripada Hospital Univerisiti Aswan di mana sepasukan pakar bedah berjaya mengeluarkan telefon bimbit itu menyusuli pembedahan selama dua jam, lapor Gulf News.

Pemeriksaan-pemeriksaan termasuk X-Ray dan imbasan CT menunjukkan objek aneh dalam perut lelaki itu yang menyebabkan keradangan teruk dalam perut dan ususnya.

Pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu, segera dikejarkan ke bilik pembedahan.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Aswan Dr Mohammed Al Dahshouri berkata ini kali pertama beliau berdepan dengan insiden sedemikian.

"Ia amat pelik kerana lelaki itu tidak mendedahkan mengapa beliau menelan telefon bimbit itu," kata Dr Mohammed Al Dahshouri.

Pesakit tersebut, yang kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan, diberitahu oleh para doktor bahawa telefon bimbit itu membawa ancaman besar kepada nyawanya kerana baterinya mengandungi kimia berbahaya.

Setakat ini, masih belum segera diketahui mengapa lelaki itu menelan telefon bimbit tersebut.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan