Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki tikam teman lelaki bekas kekasih... kerana cemburu

Seorang lelaki parah apabila ditikam pada bahagian perut oleh seorang peniaga dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Lorong Abu Sitti, George Town, pada sekitar jam 1.15 pagi hari Rabu (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tikam teman lelaki bekas kekasih... kerana cemburu

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 21 Aug 2019 05:32PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 05:34PM

GEORGE TOWN: Seorang lelaki parah apabila ditikam pada bahagian perut oleh seorang peniaga dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Lorong Abu Sitti, George Town, pada sekitar jam 1.15 pagi hari Rabu (21 Ogos).

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata suspek berusia 54 tahun itu yang menaiki sebuah motosikal datang ke pusat hiburan berkenaan dan terus menikam bahagian perut pengunjung lelaki berumur 40 tahun itu dengan menggunakan sebilah pisau.

“Semasa kejadian tersebut, pemilik pusat hiburan berusia 46 tahun yang berada di situ cuba menahan suspek yang mahu melarikan diri tetapi turut ditikam di bahagian tangan sebelum lelaki itu memecut laju motosikalnya,” terang Che Zaimani.

Beliau berkata kedua-dua lelaki yang cedera itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

ACP Che Zaimani menambah ekoran kejadian itu, polis merekodkan keterangan bekas temanita suspek berumur 46 tahun yang memaklumkan mereka sudahpun berpisah sejak lebih sebulan lalu kerana perselisihan faham.

Menurut ACP Che Zaimani, wanita berkenaan turut memaklumkan bekas teman lelakinya itu adalah rakan kongsinya dalam perniagaan sebuah kedai makan dan mereka tinggal bersama sejak enam tahun lepas.

Wanita itu, kata ACP Che Zaimani, percaya suspek berkelakuan sedemikian kerana cemburu dan marah apabila beliau menjalinkan hubungan dengan lelaki lain lantas bertindak menikam teman lelaki barunya.

"Ekoran kejadian itu, polis menyerbu sebuah pondok di Hong Seng Estate, Pulau Tikus, di sini pukul 6.00 pagi hari ini. Hasil risikan dan maklumat yang diperolehi, kami berjaya menahan suspek dalam kejadian tikam tersebut," ujar ACP Che Zaimani.

Beliau berkata suspek yang sudah berkahwin itu mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan dia akan direman untuk siasatan lanjut bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan