Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki tikam imam dihukum penjara 41 bulan

Seorang penganggur yang menikam imam kerana marah dengan tindakan lelaki terbabit membaca al-Quran sehingga mengganggu tidurnya dikenakan hukuman penjara 41 bulan di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu, Malaysia hari ini (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tikam imam dihukum penjara 41 bulan

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 16 May 2019 12:30PM Dikemas Kini : 16 May 2019 12:32PM

JERTIH: Seorang penganggur yang menikam imam kerana marah dengan tindakan lelaki terbabit membaca al-Quran sehingga mengganggu tidurnya dikenakan hukuman penjara 41 bulan di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu, Malaysia hari ini (16 Mei).

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas Muhammad Khairil Nawi, 24 tahun, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, lapor BH Online.

Muhammad Khairil didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Amin Md Nor, 37 tahun, dengan menggunakan pisau di dalam Masjid Kampung Apal, jam 6.30 pagi pada 12 Mei lalu.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

BH Online melaporkan, terdahulu, Muhammad Khairil dalam rayuannya mendakwa bertindak sedemikian kerana mendengar ‘bisikan’ selain menghadapi tekanan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Norkhizan Ramli manakala tertuduh yang mempunyai rekod jenayah lampau diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar.

Sebelum ini media melaporkan, seorang penganggur menikam imam gara-gara bengang dengan tindakan lelaki terbabit yang didakwa mengganggu tidurnya dengan bacaan al-Quran.

Akibat perbuatan suspek, mangsa yang cedera akibat tikaman itu menerima tujuh jahitan di dada kirinya, menurut BH Online.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan