Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki tidak mengaku bersalah masukkan anak saudara dalam mesin basuh dobi layan diri

Seorang penganggur yang videonya tular kerana memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini (9 OKt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tidak mengaku bersalah masukkan anak saudara dalam mesin basuh dobi layan diri

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 04:16PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 04:22PM

KUALA KUBU BHARU: Seorang penganggur yang videonya tular kerana memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini (9 OKt).

Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai majistret.

Lelaki itu didakwa memasukkan anak saudara lelakinya yang berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh secara tergopoh-gopoh sehingga membahayakan keselamatan mangsa di dalam kedai dobi Laundrybar, Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada 12.30 tengah malam, pada 2 September lalu.

Dia didakwa di bawah Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM500 (S$166.48) atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Khairulazhwa Yusrie Mohamad mencadangkan jaminan RM4,000 (S$1,331) dengan seorang penjamin namun Muhammad Irwan yang tidak diwakili peguam, tidak membuat sebarang rayuan terhadap jaminan.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tiada ahli kelurganya yang hadir ke mahkamah untuk diikat jamin dan menetapkan 9 November bagi sebutan semula kes itu.

Pada 3 Oktober lalu, pihak polis menahan tertuduh menyusuli kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang selepas video berkaitan insiden itu tular di Facebook.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi 2 Oktober tular di Facebook, memaparkan detik cemas kanak-kanak yang terperangkap di dalam mesin basuh itu diselamatkan oleh orang awam.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan