Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki tertua dunia meninggal dunia

Lelaki tertua dunia, Masazo Nonaka, meninggal dunia hari ini (20 Jan) pada usia 113 tahun, lapor media Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tertua dunia meninggal dunia

Lelaki tertua dunia, Masazo Nonaka, meninggal dunia hari ini (20 Jan) pada usia 113 tahun. (Gambar: Jiji Press/AFP)

Diterbitkan : 20 Jan 2019 10:04PM Dikemas Kini : 20 Jan 2019 10:07PM

TOKYO: Lelaki tertua dunia, Masazo Nonaka, meninggal dunia hari ini (20 Jan) pada usia 113 tahun, lapor media Jepun.

Nonaka dilahirkan pada Julai 1905, menurut Buku Rekod Guinness, beberapa bulan sebelum Albert Einstein menerbitkan teori relativitinya.

Guinness secara rasmi mengiktiraf Nonaka sebagai lelaki tertua masih hidup selepas kematian Francisco Nunez Olivera dari Sepanyol tahun lalu.

“Kami terkejut dengan kematian tokoh utama ini.

“Beliau kelihatan biasa semalam dan meninggal dunia tanpa memberi sebarang masalah kepada keluarga kami,” kata cucu perempuannya, Yuko, kepada Kyodo News.

Nonaka mempunyai lapan adik beradik. Beliau berkahwin pada 1931 dan mempunyai lima anak.

Beliau menguruskan rumah percutian air panas di kampungnya dan setelah bersara gemar menonton gusti sumo di televisyen serta memakan manisan, menurut media tempatan.

Jepun adalah antara negara yang mempunyai beberapa manusia diiktiraf paling tua di dunia.

Mereka termasuk Jiroemon Kimura, lelaki paling panjang usia dalam sejarah, yang meninggal dunia tidak lama selepas menyambut hari jadinya ke-116 pada Jun 2013.

Menurut Guinness, orang paling tua yang disahkan - Jeanne Louise Calment dari Perancis - meninggal dunia pada usia 122, pada tahun 1997. 

Sumber : AFP/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan