Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki tertua di dunia meninggal dunia di Jepun pada usia 112 tahun

Seorang lelaki Jepun, yang baru-baru ini dinamakan sebagai lelaki tertua di dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tertua di dunia meninggal dunia di Jepun pada usia 112 tahun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Feb 2020 08:59AM Dikemas Kini : 26 Feb 2020 09:04AM

TOKYO: Seorang lelaki Jepun, yang baru-baru ini dinamakan sebagai lelaki tertua di dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun.

Pegawai tempatan melaporkan, Chitetsu Watanabe, yang dilahirkan pada 5 Mac 1907 di Niigata, selatan Tokyo, meninggal dunia Ahad lalu, di rumah jagaannya di wilayah yang sama.

Berita itu dilaporkan kurang dua minggu selepas beliau diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness.

Encik Watanabe yang mempunyai lima anak sebelum ini berkata, rahsia beliau panjang umur adalah ‘tidak marah dan sentiasa tersenyum’.

Beliau mengakui adalah penggemar manisan seperti puding kastard dan ais krim.

Menurut Jiji Press, lelaki tertua di Jepun ketika ini ialah Issaku Tomoe yang berusia 110 tahun, namun tidak pasti sama ada beliau memegang rekod itu di peringkat dunia.

Individu yang tertua di dunia ketika ini juga seorang warga Jepun, iaitu Kane Tana, wanita berusia 117 tahun.

Jepun adalah satu daripada negara yang mempunyai penduduk dengan jangka hayat paling lama, yang mana beberapa rakyatnya diiktiraf antara yang tertua yang masih hidup. 

Sumber : AFP/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan