Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki 'tertinggal' anak-anaknya semasa dalam perjalanan untuk bercuti

Kalau tertinggal telefon bimbit di sebuah tempat sahaja, kita sudah menjadi gelisah dan bimbang. Apalagi kalau yang tertinggal adalah anak kita sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 'tertinggal' anak-anaknya semasa dalam perjalanan untuk bercuti

(Gambar: Oliver Morin/ AFP)

Diterbitkan : 05 Apr 2018 02:30PM Dikemas Kini : 05 Apr 2018 02:34PM

BAUNATAL: Kalau tertinggal telefon bimbit di sebuah tempat sahaja, kita sudah menjadi gelisah dan bimbang. Apalagi kalau yang tertinggal adalah anak kita sendiri.

Kedengaran mustahil, tetapi itulah pengalaman seorang lelaki berusia 48 tahun yang menyedari anak-anaknya tidak berada dalam kereta selepas memandu sekitar 170 kilometer jauh.

Menurut Daily Mail, lelaki itu sedang dalam perjalanan bersama dua anak gadisnya dari rumah mereka yang terletak di Baunatal ke Lake Garda di Itali untuk bercuti. Dua anak gadisnya masing-masing berusia 10 dan 14 tahun.

Semasa dalam perjalanan, lelaki itu berhenti di stesen minyak di Holzkirchen pada jam 5.20 pagi. Selepas beliau membuat bayaran, beliau meneruskan perjalanan tanpa menyedari anak-anaknya meninggalkan kenderaan untuk ke bilik air.

Anak-anaknya menjadi terkejut kerana bapa mereka tidak lagi berada di stesen minyak itu dan mereka menunggu bapa mereka untuk kembali. Namun, perkara itu tidak berlaku. Mereka kemudian meminta bantuan para pegawai stesen minyak, lapor Daily Mail.

Polis menerima aduan berhubung kejadian itu dan ia memulakan operasi untuk mencari bapa mereka. Usaha untuk menghubungi ibu mereka, yang tidak ikut bercuti, pada awalnya juga tidak membuahkan hasil kerana beliau sedang tidur.

Hanya selepas mencuba selama 48 kali dalam tempoh satu setengah jam, polis akhirnya dapat menghubunginya. Pada masa itu, beliau sudahpun memandu sekitar 170 kilometer jauh.

Menurut Daily Mail lagi, lelaki itu bergegas untuk bertemu anak-anaknya. Mereka diberikan tempat tinggal dan sarapan sementara menunggu bapanya mengambil mereka.

Mereka akhirnya bersatu pada jam 8.25 pagi. Tidak boleh dibayangkan bagaimana lelaki itu kini harus menjawab pelbagai pertanyaan isterinya! 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan