Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki tertembak mati rakan ketika buru babi hutan

Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena tembakan rakannya ketika mereka memburu babi hutan di sebuah hutan di kawasan Segari, di Perak pagi tadi (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tertembak mati rakan ketika buru babi hutan

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 29 Nov 2018 11:22PM Dikemas Kini : 29 Nov 2018 11:26PM

LUMUT, PERAK: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena tembakan rakannya ketika mereka memburu babi hutan di sebuah hutan di kawasan Segari, di Perak pagi tadi (29 Nov).

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman, berkata mangsa yang berusia 28 tahun itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung di negeri utara Malaysia itu pada 12.15 tengah hari tadi (29 Nov).

ACP Muhamad Hanif berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada kira-kira 11.10 pagi.

“Mangsa dibawa rakannya itu ke Hospital Seri Manjung dengan menaiki keretanya sendiri sebelum dimaklumkan oleh pihak hospital mangsa tidak dapat diselamatkan berikutan kecederaan teruk di bahagian tengkuk,” katanya.

ACP Muhammad Hanif berkata ketika kejadian itu, hanya mangsa serta rakan lelakinya berada di tempat kejadian. Menurut beliau, hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang pertelingkahan dan kejadian adalah tidak disengajakan.

Rakan mangsa yang berusia 49 tahun, tambahnya, kini ditahan dan pihak polis merampas selaras senapang patah serta beberapa butir peluru hidup untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api 1960. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan