Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki Taiwan ini berbasikal sekeliling dunia; sudah kunjungi 64 negara

Empat tahun lalu, Jacky Chen berhenti bekerja sebagai seorang jurutera elektronik dan meneroka dunia dengan mengayuh basikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Taiwan ini berbasikal sekeliling dunia; sudah kunjungi 64 negara

Jacky Chen ingin melawat 100 negara sebelum menamatkan pengembaraannya. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2019 02:24PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 02:41PM

TAIWAN: Empat tahun lalu, Jacky Chen berhenti bekerja sebagai seorang jurutera elektronik dan meneroka dunia dengan mengayuh basikal.

Lelaki rakyat Taiwan ini yang berusia 40 tahun sudah merentasi Amerika, Eropah dan sebahagian Timur Tengah, dengan hanya tidur di dalam khemah ataupun mencari tempat berehat menerusi aplikasi seperti Couchsurfing sepanjang tempoh pengembaraannya.

Baru-baru ini, Chen menjejakkan kaki di Baitulmakdis di mana beliau berpeluang menikmati keindahan bandar itu, sambil merancang perjalanan seterusnya.

Beliau sudahpun mengunjungi 64 negara dengan melakukan perjalanan sejauh 54,000 kilometer.

Chen merancang untuk mengunjungi 100 negara dan melakukan perjalanan sejauh 100,000 kilometer sebelum menamatkan pengembaraannya. Namun, ia mungkin mengambil masa sekitar tiga tahun lagi.

Chen berkata beliau tidak begitu berminat untuk membuat kajian sebelum mengunjungi tempat-tempat yang bakal dilawatinya. Ini supaya beliau dapat menilai destinasi itu berdasarkan mata kasarnya sendiri.

Antara detik-detik mencabar yang pernah dialaminya sejauh ini adalah apabila beliau terpaksa berbasikal ketika musim salji.

Chen memulakan perjalanan selama tujuh tahun itu di Alaska, Amerika Syarikat. Beliau sudahpun menjelajah Machu Picchu dan Paris. Chen kini dalam perjalanan ke Jordan sebelum ke Mesir dan ke bahagian timur benua Afrika.

Chen kemudian akan melakukan perjalanan ke Asia, di mana beliau akan menamatkan pengembaraannya.

Sungguhpun demikian, Chen bukan individu pertama untuk melakukan pengembaraan sedemikian.

Pada 2017, Mark Beaumont dari Scotland mencipta rekod dunia dengan berbasikal mengelilingi dunia dalam masa 79 hari.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan