Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki rentung selepas kereta langgar pembahagi jalan

Seorang lelaki ditemui mati rentung di dalam keretanya setelah kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terbakar akibat melanggar pembahagi jalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki rentung selepas kereta langgar pembahagi jalan

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 31 Aug 2018 06:02PM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 06:05PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati rentung di dalam keretanya setelah kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terbakar akibat melanggar pembahagi jalan di KM 16.7 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala ke Kuchai Lama awal hari ini (31 Ogos).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pantai berkata tujuh anggotanya yang dikerahkan ke tempat kejadian mengalihkan kenderaan itu ke tepi jalan bagi mengelak laluan jalan raya terhalang sebelum mengeluarkan mangsa tersebut.

Menurutnya, mangsa yang berusia 27 tahun itu ditemui rentung di bahagian tempat duduk pemandu kenderaan.

Sebelum itu, JPBM Pantai menerima panggilan daripada Malaysia Emergency Response Services 999 (MERS999) pada 4.07 pagi mengenai insiden membabitkan kereta jenis Honda City berkenaan.

"Kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya pada 4.28 pagi tadi (31 Ogos). Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan