Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah

Seorang lelaki rentung dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Jalan Keembong 18 di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada petang semalam (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah

Gambar hiasan. (Gambar: Josh Edelson/AFP)

Diterbitkan : 08 Jan 2019 09:05AM Dikemas Kini : 08 Jan 2019 09:07AM

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rentung dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Jalan Keembong 18 di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada petang semalam (7 Jan).

Kejadian itu berlaku pada sekitar 5.30 petang di rumah teres dua tingkat. Mangsa yang maut dikenali sebagai S.Krishnan, 55 tahun, yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan lima tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Fauzan Ahmad, berkata pihaknya menerima aduan mengenai kejadian tersebut pada pukul 6.05 petang sebelum dua jentera dan 20 anggota dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

Encik Fauzan berkata ketika tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati kebakaran itu sudahpun memusnahkan sepenuhnya bahagian tingkat atas rumah terbabit.

"Semasa kejadian, terdapat empat orang (anggota keluarga) di dalam rumah tersebut termasuk mangsa yang berada di tingkat atas. Tiga daripadanya iaitu isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan mangsa, berada di bahagian bawah rumah dan tidak perasan mengenai kebakaran sehinggalah ada jiran menjerit kerana ternampak asap keluar dari bahagian belakang rumah.

"Kebakaran kemudian turut merebak ke rumah jiran sehinggalah kira-kira 15 peratus bahagian tingkat atas rumah musnah,” katanya.

Menurut Encik Fauzan, berdasarkan keadaan mangsa, pihak bomba percaya terdapat kelewatan dalam memanggil pasukan keselamatan untuk memadamkan kebakaran.

Beliau menambah punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa pula sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan