Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki rempuh orang ramai di selatan Perancis, dua cedera

Seorang lelaki merempuh kenderaan yang dipandunya ke arah orang ramai yang berhimpun di luar sebuah bar yang terletak di bandar Nimes di selatan Perancis pada awal Jumaat (14 Sep), mencederakan dua orang sebelum lelaki itu merempuh sebuah benteng keselamatan dan diberkas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki rempuh orang ramai di selatan Perancis, dua cedera

Bendera Perancis di Elysee Palace. (Gambar: Jacky Naegelen/Reuters)

Diterbitkan : 14 Sep 2018 06:15PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 06:17PM

NIMES: Seorang lelaki merempuh kenderaan yang dipandunya ke arah orang ramai yang berhimpun di luar sebuah bar yang terletak di bandar Nimes di selatan Perancis pada awal Jumaat (14 Sep), mencederakan dua orang sebelum lelaki itu merempuh sebuah benteng keselamatan dan diberkas. Demikian menurut para saksi dan pegawai tempatan.

Suspek, yang dipercayai adalah seorang warga tempatan 32 tahun, memecut kenderaannya ke arah sekitar 50 orang yang berhimpun di luar sebuah bar pada sekitar 1.00 pagi (2300 GMT Khamis), kata para saksi kepada agensi berita AFP.

Bagaimanapun, kereta jenis Peugeot yang dipandunya merempuh hadangan keselamatan yang dipasang bagi sebuah pesta yang bakal diadakan pada hujung minggu ini, bagi satu acara laga lembu yang memikat beribu-ribu penonton setiap tahun.

Beberapa saksi memberitahu AFP bahawa suspek melaungkan "Allahu Akhbar" semasa insiden itu.

Menurut sumber, lelaki berkenaan sebelum ini tidak dikenal pasti oleh polis sebagai seseorang suspek radikal.

Pendakwa raya wilayah itu, Eric Maurel, berkata suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang ramai.

Lelaki itu seakan "keliru" semasa ditangkap dan sudahpun dimasukkan ke hospital, tambah Encik Maurel.

Siasatan sudah dilancarkan dan suspek itu disiasat atas tuduhan cuba membunuh. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan