Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki rakyat S’pura dikasari susuli kemalangan di Linkedua

Seorang lelaki diserang oleh dua individu menyusuli kemalangan jalan raya di Linkedua Malaysia-Singapura pada pagi Selasa (13 Ogos), menurut rakaman video yang tular di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki rakyat S’pura dikasari susuli kemalangan di Linkedua

Seorang lelaki diserang oleh dua individu menyusuli kemalangan jalan raya di Linkedua Malaysia-Singapura. (Gambar: Srikandi Malaya/Facebook)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 12:00PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 12:17PM

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki diserang oleh dua individu menyusuli kemalangan jalan raya di Linkedua Malaysia-Singapura pada pagi Selasa (13 Ogos), menurut rakaman video yang tular di media sosial.

Rakaman video selama 19 saat itu menunjukkan salah seorang penyerang menumbuk dan menerajang mangsa sementara seorang lagi menghempaskan pintu kereta ke arahnya ketika lelaki itu cuba keluar dari keretanya.

Penolong Pesuruhjaya Polis Iskandar Puteri Dzulhairi Mukhtar mengesahkan insiden itu, sambil mengatakan pihak polis menerima aduan mengenai insiden berkenaan pada 7.37 pagi Selasa (13 Ogos).

Menurut beliau, orang yang membuat aduan polis itu adalah seorang lelaki rakyat Singapura yang berusia dalam lingkungan 30-an tahun, yang mendakwa beliaulah orang yang dibelasah dalam video tersebut.

"Memang benar insiden itu berlaku dan siasatan sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini (14 Ogos).

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan bahawa perkelahian itu berlaku selepas mangsa didakwa merempuh keretanya ke arah sebuah lagi kereta yang dinaiki kedua-dua suspek.

Kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja.

Insiden itu berlaku selepas polis menahan pasangan suami isteri atas tuduhan membunuh selepas seorang lelaki berusia 29 tahun — yang terlibat dalam pertikaian menyusuli satu pelanggaran kecil di Bangi — meninggal dunia pada Sabtu (10 Ogos). 

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan