Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki peras ugut suri rumah dengan gambar bogel, ditahan

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba memeras ugut RM5,000 (S$1,638) daripada seorang suri rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki peras ugut suri rumah dengan gambar bogel, ditahan

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 23 Nov 2017 11:36AM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 11:38AM

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba memeras ugut RM5,000 (S$1,638) daripada seorang suri rumah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata suspek berusia 40-an itu ditahan di Alor Setar, Kedah oleh sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Muda pada kira-kira 5.00 petang Ahad lalu (19 Nov).

Dalam satu kenyataan semalam (22 Nov), beliau berkata penangkapan itu susulan aduan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 48 tahun yang mendakwa dirinya diminta membayar RM5,000 (S$1,638) kepada suspek. Jika beliau tidak membayar, gambar separuh bogelnya akan dihantar kepada suaminya.

ACP Noor Hashim berkata berdasarkan laporan itu, wanita berkenaan mendakwa berkenalan dengan suspek menerusi laman sosial Facebook dan bersetuju untuk berjumpa suspek setelah dipujuk beberapa kali.

Mangsa yang menjemput suspek di terminal bas serta menginap di sebuah hotel di Nusa Bestari, Skudai, turut mendakwa dirinya berada dalam keadaan separuh sedar sehingga menuruti segala arahan suspek termasuk pergi berjalan-jalan di Singapura sebelum menghantar suspek ke terminal bas untuk pulang ke Kedah.

ACP Noor Hashim menambah, suspek kemudian menghubungi mangsa melalui panggilan telefon dan meminta wang serta mengugut untuk memberitahu suami mangsa berhubung pertemuan mereka selain menghantar gambar separuh bogel wanita itu kepada suaminya.

Hasil siasatan lanjut, suspek yang mempunyai dua orang anak dan bekerja sendiri tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek ditahan reman bermula Isnin lepas (20 Nov) sehingga hari ini (23 Nov) untuk membantu dalam siasatan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan