Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki parah ditetak anak saudara

Seorang lelaki parah ditetak anak saudara lelakinya dengan sebilah parang dalam pertengkaran di Kampung Panchor, Rompin pada Selasa (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki parah ditetak anak saudara

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 20 Nov 2019 05:30PM Dikemas Kini : 20 Nov 2019 05:33PM

SEREMBAN: Seorang lelaki parah ditetak anak saudara lelakinya dengan sebilah parang dalam pertengkaran di Kampung Panchor, Rompin pada Selasa (19 Nov).

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata sebelum kejadian, mangsa berusia 26 tahun bersama suspek berusia 19 tahun keluar memancing kira-kira pukul 5.30 petang di Bahau.

Beliau berkata kedua-dua mereka kemudiannya pulang ke rumah pada pukul 9.00 malam sebelum mangsa meminta suspek untuk membeli arak dengan memberikan wang sebanyak RM50 (S$16).

“Sejurus suspek pulang ke rumah, mangsa meminta duit baki sehingga menyebabkan pertengkaran lalu suspek mengambil parang di dapur rumah mereka dan menetak mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (20 Nov).

Katanya akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian dahi, dada kanan dan tangan kiri.

"Pergaduhan itu dileraikan ibu mangsa seterusnya menghantar mangsa ke hospital manakala suspek melarikan diri," katanya.

Katanya mangsa ditempatkan di zon kecemasan Hospital Jempol dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Polis masih mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dan kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan