Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki nyaris maut dibaham harimau

Seekor harimau di sebuah zoo milik peribadi di Vietnam menyentap tangan dan lengan seorang bekas pekerja zoo, menurut pegawai tempatan pada Rabu (5 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki nyaris maut dibaham harimau

(Gambar: AFP/MARVIN RECINOS)

Diterbitkan : 06 Jun 2019 11:20AM Dikemas Kini : 06 Jun 2019 11:23AM

HANOI: Seekor harimau di sebuah zoo milik peribadi di Vietnam menyentap tangan dan lengan seorang bekas pekerja zoo, menurut pegawai tempatan pada Rabu (5 Jun).

Hanya segelintir harimau yang hidup liar di hutan rimba Vietnam manakala ratusan lainnya dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan ditempatkan di zoo merata negara.

Menurut pegawai yang enggan mendedahkan identitinya, Vo Thanh Quoi berusia 49 tahun, ditemui di sebelah kandang harimau dekat zoo privet Thanh Canh di selatan wilayah Binh Duong pada Selasa (4 Jun).

“Taman itu ditutup buat sementara kepada orang awam,” katanya.

Bercakap dari katil hospital menerusi rakaman video yang disiarkan agensi berita Tuoi Tre, Quoi berkata, harimau itu menerkam tangan kirinya sebelum menyerang tangan kanannya semasa beliau cuba menyelamatkan diri daripada serangan pertama.

Beliau berkata punca serangan haiwan itu masih belum jelas.
Doktor di hospital berkenaan, Nguyen Tan Hung, berkata harimau itu menyambar tangan kiri serta pergelangan tangan Quoi dan sebahagian besar lengan kanannya hampir dibaham.

Ini adalah insiden kedua membabitkan serangan harimau sejak tiga tahun lalu di wilayah sama di mana, menurut media tempatan, beberapa zoo privet memelihara harimau untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan