Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Nigeria ditahan berhubung kes bunuh ketua jururawat

Seorang lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, yang ditemui mati di sebuah kondominium di Cyberjaya pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Nigeria ditahan berhubung kes bunuh ketua jururawat

Allahyarhamha Siti Kharinah (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 May 2019 06:40PM Dikemas Kini : 17 May 2019 06:57PM

SEPANG: Seorang lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, yang ditemui mati di sebuah kondominium di Cyberjaya pada Rabu.

Perintah reman berkuatkuasa hari ini (17 Mei) itu dikeluarkan oleh Majistret A.Akhiruddin@Boy Acho selepas mendengar permohonan daripada pihak polis di Mahkamah Majistret Sepang.

Perintah reman dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Warga Nigeria berumur 30-an tahun itu ditahan pasukan polis ketika berada di tingkat bawah Cheras Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Lelaki tersebut ditahan menyusuli penangkapan wanita Nigeria dan lelaki warga Pakistan semalam di Cheras dan Setapak. Kedua-duanya direman tujuh hari bermula semalam berhubung kes yang sama.

Allahyarhamha Siti Kharina, 40 tahun, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas dan misteri kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemui pemilik rumah kondominium yang disewanya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan