Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki miliki pil Ecstasy kepala Trump didakwa

Seorang lelaki dari Florida yang ditahan kerana memiliki pil Ecstasy , seperti bentuk kepala Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, didakwa kerana memiliki bahan terkawal yang menyalahi undang-undang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki miliki pil Ecstasy kepala Trump didakwa

(Gambar: Indiana State Police Peru Post/AP)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 10:41AM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 10:53AM

NEW YORK: Seorang lelaki dari Florida yang ditahan kerana memiliki pil Ecstasy, seperti bentuk kepala Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, didakwa kerana memiliki bahan terkawal yang menyalahi undang-undang.

Menurut dokumen Mahkamah Daerah Pinellas, Brendan Dolan-King, 23, didakwa atas kesalahan itu pada Jumaat lalu, di Clearwater, Florida, selepas pihak polis menemui fentanyl dan lima pil berwarna oren yang menyerupai bentuk kepala Trump ketika memeriksa apartmennya.

Hasil siasatan kemudiannya mendapati pil itu mengandungi Ecstasy.

Kes itu serupa dengan satu kejadian di Indiana pada 2018, apabila Lafayette Courier-Journal melaporkan, polis peronda lebuh raya berjaya merampas satu pil oren seperti bentuk kepala Trump, dengan imej bibir presiden itu di bahagian depan, selain slogan ‘hebat kembali’ pada bahagian belakang pil itu.

Sementara itu, NBC News melaporkan, kira-kira 5,000 pil yang sama dirampas di Jerman pada 2017.

Sumber : Reuters/Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan