Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki mengamuk cetus hura-hara di Sydney sebelum bunuh diri

Seorang lelaki menikam dirinya hingga mati di hadapan polis selepas insiden kejar-mengejar kenderaan di bandar Sydney.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jan 2019 09:25PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 09:51PM

SYDNEY: Seorang lelaki menikam dirinya hingga mati di hadapan polis selepas insiden kejar-mengejar kenderaan di bandar Sydney. Polis mengesahkan peristiwa itu tiada kaitan dengan pengganasan.

Ia bermula apabila polis mencuba menahan sebuah kereta pacuan empat roda kerana tidak mempunyai plat lesen. Bagaimanapun kereta itu dipandu laju lalu merempuh kereta polis dan terus bergerak.

Pada jarak 7 kilometer kemudian, pemandunya yang berusia 24 tahun, meninggalkan kereta itu dan merampas sebuah lori hantar barang.

Lori itu dipandu sejauh 20 kilometer sambil melanggar beberapa kereta hingga sampai ke sebuah kawasan dekat lapangan terbang.

Lelaki tersebut cuba pula merampas sebuah kereta dan mencederakan seorang pejalan kaki yang menghalangnya.

Dia kemudian mencuri sebuah teksi. Polis akhirnya dapat menahan teksi itu tetapi lelaki tersebut menikam dadanya dan mati di tempat kejadian. 

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan