Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki mengaku dirinya dalam video seks dengan lelaki dikatakan menteri Kabinet Malaysia

Seorang lelaki mengaku sebagai individu dirakam dalam satu video seks sejenis yang menjadi tular, dengan seorang lelaki lain yang didakwanya sebagai seorang menteri Kabinet Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mengaku dirinya dalam video seks dengan lelaki dikatakan menteri Kabinet Malaysia

Petikan skrin dari video Facebook Haziq Aziz.

Diterbitkan : 12 Jun 2019 04:31PM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 04:33PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku sebagai individu dirakam dalam satu video seks sejenis yang menjadi tular, dengan seorang lelaki lain yang didakwanya sebagai seorang menteri Kabinet Malaysia.

Dalam video yang dimuatnaik ke laman Facebook pada Rabu (12 Jun) pada 2.31 pagi, Encik Haziq Aziz berkata menteri itu, yang namanya beliau dedahkan, tidak layak menjadi seorang pemimpin.

"Saya Haziq Aziz, dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama (menteri tersebut) dalam video yang telah viral semalam," katanya.

"Video itu telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa pilihan raya kecil Sandakan di bilik hotel (menteri tersebut) di Hotel Four Points."

Laman Facebook Encik Haziq menunjukkan bahawa beliau seorang setiausaha sulit seorang timbalan perdana menteri.

Dalam video tersebut beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat menteri tersebut atas perbuatan rasuah.

Pada Selasa, tiga klip video yang menunjukkan dua lelaki telanjang berlaku intim, tersebar di media sosial. Salah seorang lelaki terlibat menyerupai seorang menteri Kabinet.

Perdana Menteri Mahathir Mohamad apabila ditanya pada Selasa tentang video tersebut di satu sidang media berkata beliau tidak tahu menahu tentang video itu.

"Saya baru terdengar tentangnya. Saya perlu membaca lebih lanjut tentangnya dahulu. Jika anda boleh memberikan saya penerangan, itu adalah baik," jawab beliau kepada para wartawan.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan anggota majlis tertinggi UMNO Lokman Noor Adam membuat laporan polis berhubung isu tersebut pada Selasa, menggesa polis agar menyiasat kesahihan video-video tersebut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan