Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut ketika tonton Avengers: Infinity War

Siapa sangka keterujaan seorang lelaki menonton filem yang sedang hangat di pawagam ‘Avengers: Infinity War’ bertukar menjadi tragedi sebaik sahaja dia ditemui mati dengan mata terbuka oleh pegawai bertugas.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut ketika tonton Avengers: Infinity War

Gambar: Marvel Studios

Diterbitkan : 03 May 2018 11:15PM Dikemas Kini : 03 May 2018 11:18PM

PRODDATUR: Siapa sangka keterujaan seorang lelaki menonton filem yang sedang hangat di pawagam ‘Avengers: Infinity War’ bertukar menjadi tragedi sebaik sahaja dia ditemui mati dengan mata terbuka oleh pegawai bertugas.

Menurut pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Dalam insiden itu, Baasha dikatakan tidak berganjak dari tempat duduknya walaupun selepas tamat tayangan filem berdurasi 2 jam 40 minit itu seperti yang dilaporkan The Times of India.

Hairan dengan keadaan itu, petugas bertindak menghampiri Baasha dan menanggalkan kacamata 3D yang dipakainya sebelum terkejut menemui mangsa yang tidak bergerak dengan mata terbuka.

Polis mengesahkan Baasha mati di tempat kejadian akibat serangan jantung.

Mayat Baasha sudah dibawa ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan