Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit

Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit di rumah rakannya di Jasin pada Selasa (23 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit

Gambar fail seseorang menggunakan telefon bimbit.

Diterbitkan : 25 Jan 2018 09:51AM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 09:52AM

MELAKA: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit di rumah rakannya di Jasin pada Selasa (23 Jan).

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Arshad Abu berkata Rosli Othman yang berusia 35 tahun, dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memasang pengecas telefon bimbit ke plug penyambung di Felda Bukit Senggeh.

“Mangsa yang berkerja sebagai buruh ditemui oleh rakanya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri bersebelahan dengan telefon bimbit, pengecas telefon dan plug penyambung kira-kira pada 11.30 malam,” kata DSP Arshad.

Siasatan polis tidak menemui sebarang kecederaan lain pada badan mangsa.

Tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Jasin untuk siasatan lanjut. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan