Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut diserang rusa peliharaan

Seorang lelaki terbunuh manakala isterinya cedera parah selepas seekor rusa peliharaan menyerang mereka di kawasan rumah mangsa di bandar Wangaratta, 200 kilometer ke timur laut Melbourne.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut diserang rusa peliharaan

(Gambar: Jean-Francois MONIER/AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 09:36PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 09:39PM

WANGARATTA, AUSTRALIA: Seorang lelaki terbunuh manakala isterinya cedera parah selepas seekor rusa peliharaan menyerang mereka di kawasan rumah mangsa di bandar Wangaratta, 200 kilometer ke timur laut Melbourne.

Pihak polis menyifatkan serangan tersebut sebagai yang pertama sejak sekian lama.

Serangan haiwan kacukan rusa dan elk itu berlaku ketika musim mengawan haiwan tersebut sekarang.

Menurut para pakar, rusa memang menjadi ganas semasa musim mengawan.

Si suami diserang rusa terbabit ketika beliau memasuki kandangnya manakala si isteri pula diserang ketika cuba menyelamatkan suaminya.

Polis yang tiba di tempat kejadian kemudian menembak mati haiwan tersebut.

Sumber : AFP/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan