Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut dirempuh kereta lawan arus

Seorang lelaki maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh minuman keras, di Jalan Pintasan Kuantan, malam tadi (25 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut dirempuh kereta lawan arus

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 May 2020 10:43AM Dikemas Kini : 26 May 2020 10:47AM

KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh minuman keras, di Jalan Pintasan Kuantan, malam tadi (25 Mei).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt Kamarulzaman Jusoh, berkata dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mangsa, Encik Irwan Herman Kamarudin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan dada.

"Mangsa yang memandu kereta Toyota Yaris difahamkan dalam perjalanan dari rumah di Sungai Isap Perdana ke Gabeng kerana bekerja syif malam sebelum kenderaannya dirempuh sebuah kereta Toyota C-HR yang dipandu melawan arus dan dalam keadaan berbahaya.

"Kereta itu dipercayai mula dipandu melawan arus dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkannya hampir bertembung dengan beberapa buah kenderaan yang perlu mengelak daripada berlanggar," katanya semasa dihubungi hari ini (26 Mei).

Supt Kamarulzaman berkata kereta Toyota C-HR itu dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun dan bekerja sebagai peraih ikan yang dipercayai telah meminum minuman keras di rumah kawannya di Semambu sebelum kejadian.

Lelaki itu turut cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk diperiksa sebelum direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata mayat mangsa juga dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat yang akan dijalankan selepas selesai ujian COVID-19.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan